Kenali SK Maukab Ranau Sabah Malaysia

Pejabat PentadbiranLaluan Utama Sekolah 

Sejarah Sekolah

 

Sekolah  Kebangsaan  Maukab,  Ranau terletak di  bahagian Selatan  dalam  daerah  Ranau. Jaraknya  lebih  kurang  41.2 kilometer  dari  pekan  Ranau.  Sekolah  ini boleh  dihubungi  dengan  menggunakan  jalan  raya.

 

            Sekolah  ini  telah  dibina  pada  tahun  1967  yang  diasaskan  oleh  Ketua  Kampung  Encik  Abin  Bin  Kindayas.  Bangunan  awal  sekolah  ini  diperbuat  daripada  bamboo  dan  dibuat  secara  bergotong-royong.  Pada mulanya  sekolah  ini  hanya  mempunyai  sebuah  bilik  darjah.

 

            Sekolah  ini  telah  dibuka  oleh  seorang  anak  watan  Encik  Kalidin  Bin  Abas  dengan  bilangan  pelajar  23  orang  sahaja.  Beliau  juga  ( Encik  Kalidin  Bin  Abas ) merupakan  guru  besar  yang  pertama  di  sekolah  ini.

 

            Pada  tahun  1973  bangunan  sekolah  ini  telah  diperbaharui  dengan  menggunakan  bahan  binaan     daripada  kayu.   Kawasan  tapaknya  telah dipindahkan  dari  Kg. Gusug  ke  suatu  tempat  di  perantaraan  Kg. Maukab  dengan  Kg. Sumalang,  Ranau.  Kawasan  tapaknya  seluas  3.92  ekar  yang  terletak  di  atas  bukit  Kg. Lolobuyon.  Peruntukan  untuk  membina 

bangunan  sekolah  ini  diberikan  oleh  Pejabat  Daerah  Ranau.

 

Pada  tahun  1985,  kerajaan  telah  memberikan  peruntukan  ’Projek 

Kilat’  untuk  membina  bangunan  sekolah dan rumah guru.  Bangunan  yang dibina terdiri daripada  tiga  buah  bilik  darjah,  sebuah  bilik  guru-guru  dan  dua unit rumah guru.