Kenali SK Maukab Ranau Sabah Malaysia
Sejarah Sekolah
Sekolah Kebangsaan Maukab, Ranau terletak di bahagian Selatan dalam daerah Ranau. Jaraknya lebih kurang 41.2 kilometer dari pekan Ranau. Sekolah ini boleh dihubungi dengan menggunakan jalan raya.
Sekolah ini telah dibina pada tahun 1967 yang diasaskan oleh Ketua Kampung Encik Abin Bin Kindayas. Bangunan awal sekolah ini diperbuat daripada bamboo dan dibuat secara bergotong-royong. Pada mulanya sekolah ini hanya mempunyai sebuah bilik darjah.
Sekolah ini telah dibuka oleh seorang anak watan Encik Kalidin Bin Abas dengan bilangan pelajar 23 orang sahaja. Beliau juga ( Encik Kalidin Bin Abas ) merupakan guru besar yang pertama di sekolah ini.
Pada tahun 1973 bangunan sekolah ini telah diperbaharui dengan menggunakan bahan binaan daripada kayu. Kawasan tapaknya telah dipindahkan dari Kg. Gusug ke suatu tempat di perantaraan Kg. Maukab dengan Kg. Sumalang, Ranau. Kawasan tapaknya seluas 3.92 ekar yang terletak di atas bukit Kg. Lolobuyon. Peruntukan untuk membina
bangunan sekolah ini diberikan oleh Pejabat Daerah Ranau.
Pada tahun 1985, kerajaan telah memberikan peruntukan ’Projek
Kilat’ untuk membina bangunan sekolah dan rumah guru. Bangunan yang dibina terdiri daripada tiga buah bilik darjah, sebuah bilik guru-guru dan dua unit rumah guru.




